|
|
MENU UTAMA |
| SEKAPUR SIREH |
| SEJARAH |
| VISI & MISI |
| MyPSS |
|
INFO ICT |
|
BANK SOALAN |
|
KARYA PELAJAR |
|
GALERI SMKLY |
|
GURU & STAF |
Kementerian Pelajaran Malaysia
Lembaga Peperiksaan Malaysia
JPN Kelantan
PAUTAN PENDIDIKAN
AKHBAR
|
Berita Harian |
|
Utusan Malaysia |
|
Harian Metro |
|
Laman Utama | Pentadbiran | HEM | Ko Kurikulum | Hubungi Kami
SEKAPUR SIREH
Terlebih dahulu saya memanjat rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih lagi berpeluang menerusakan sesi persekolahan 2008.Saya suka mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada semua guru, kakitangan dan pelajar yang berusaha untuk menjadikan SMK Long Yunus cemerlang pada 2007.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada AJK Laman Web Sekolah dan ICT Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunuskerana berusaha menjadikan laman web sekolah ini sebagai gerbang maklumat kepada semua pengunjung terutamanya guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus meneruskan kesinambungan pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira batasan tepat dan waktu. Di samping dapat memberi peluang kepada masyarakat khususnya ibu bapa untuk mengetahui secara lebih mendalam lagi mengenai Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus serta perkembangannya. Malah laman ini merupakan salah satu langkah bijak yang diambil oleh pihak sekolah untuk menyediakan Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat (ICT).
Kewujudan laman ini diharapkan dapat mencetus idea baru kepada para pelajar, guru dan ibu bapa serta menjadi sumber rujukan utama dalam meningkatkan ilmu pengetahuan. Di samping itu, menerusi laman ini juga diharapkan dapat memperkenalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus kepada umum dalam menuju era globalisasi.
Sekali lagi saya merakamkan syabas kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membina laman ini.
Sekian, wassalam.
Tuan Haji Ahmad Abdullah.
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus,
Beris Kubor Besar,
16350 Bachok, Kelantan.
___________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © 2007
Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus
16350 Bachok, Kelantan
|