Terlebih dahulu saya memanjat rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, laman Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus, dapat diwujudkan. Saya suka mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha membina laman ini.
Laman Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus, sesuai dengan namanya seharusnya menjadi gerbang maklumat kepada semua pengunjung terutamanya guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus meneruskan kesinambungan pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira batasan tempat dan waktu. Di samping dapat memberi peluang kepada masyarakat khususnya ibu bapa untuk mengetahui secara lebih mendalam lagi mengenai Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus serta perkembangannya. Malah ia merupakan salah satu langkah bijak yang diambil oleh pihak sekolah untuk menyediakan Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat (ICT).
Kewujudan laman ini diharapkan dapat mencetus idea baru kepada para pelajar, guru dan ibu bapa serta menjadi sumber rujukan utama dalam meningkatkan ilmu pengetahuan. Di samping itu, menerusi laman ini juga diharapkan dapat memperkenalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus kepada umum dalam menuju era globalisasi.
Sekali lagi saya merakamkan syabas kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membina laman ini.
Sekian, wassalam.
Tuan Haji Ahmad Abdullah.
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus,Beris Kubor Besar, 16350 Bachok, Kelantan.